MS Word, Internet & Multimedia
20 November 2016 | Aktiviti TerkiniSeramai 4 orang dewasa dalam lingkungan umur 40 hingga 63 tahun telah mengikuti Kelas MS word, Internet & Multimedia yang telah dijalankan di Pusat Internet Krokong. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendidik dan memberi peluang kepada kaum wanita dan surirumah untuk mengenali komputer serta cara menggunakan komputer dari peringkat asas untuk mengisi masa lapang.
Antara topik-topik MS word, Internet & Multimedia yang telah disampaikan adalah seperti cara penggunaan internet dan cara memasukkan imej, jadual serta bentuk tulisan menggunakan MS word. Kelas ini merupakan kesinambungan kelas yang diadakan sebelum ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: