Pertandingan Mewarna sempena Hari Kemerdekaan
30 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2016, Seramai 14 orang peserta dari Tabika Kemas Krokong telah mengikuti pertandingan mewarna anjuran PI Krokong kerjasama anjuran Tabika Kemas Krokong yang telah dijalankan di Pusat Internet Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta mengetahui sejarah kemerdekaan Malaysia serta apa erti kemerdekaan pada kita sebagai rakyat Malaysia.
Sebelum pertandingan ini dijalankan, para peserta diberi penerangan tentang sejarah kemerdekaan dan video berkaitan kemerdekaan malaysia. Selepas penerangan diberikan peserta telah memulakan pertandingan mewarna tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: