Seronoknya Belajar Menggunakan ICT
14 Febuari 2015 | Aktiviti TerkiniKelas Bersama Murid-Murid Tabika Kemas Kpg. Serasot dengan temanya iaitu "Seronoknya Belajar Menggunakan ICT" telah diadakan pada 13 Februari 2015, hari Jumaat bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan bertempat di PI Serasot. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan cara penggunaan komputer dan internet dalam proses pembelajaran, dan memperkenalkan salah satu perayaan utama di Malaysia iaitu perayaan Tahun Baru Cina kepada kanak-kanak. Kelas ini telah dihadiri oleh sebanyak 12 orang murid Tabika KEMAS Kpg. Serasot dan Pn. Josie Anak Asin yang merupakan guru Tabika KEMAS Kpg. Serasot. Kelas ini dikelolakan oleh Cik Viviana Ak. Karek, Penolong Pengurus PI Krokong, dan Cik Emmy Lyn Bungan Ak. Wella, Penolong Pengurus PI Serasot. Aktiviti utama yang telah dijalankan ialah tayangan video bebentuk dokumentari tentang sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia, dan tayangan video mempelajari huruf (ABC) dan nombor (123) yang boleh dicapai melalui Youtube. Selain itu, guru Tabika KEMAS Kpg. Serasot iaitu Pn. Josie Ak. Asin juga telah menyelitkan aktiviti mewarna sebagai aktiviti sokongan dalam kelas yang diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: